Tiada Yuran Pentadbiran

Tiada yuran pentadbiran dikenakan untuk memproses permohonan pinjaman anda.

Yuran Penerimaan

Pemohon yang berjaya akan dikenakan bayaran penerimaan berdasarkan jumlah pinjaman.

Kadar Peratus Tahunan (APR)

Kadar Peratus Tahunan (APR) adalah 12%, walau bagaimanapun APR mungkin berbeza-beza berdasarkan rekod kredit peminjam &/atau (pihak-pihak) penjamin.

Yuran Pembayaran Lewat

Bayaran penalti pembayaran lewat minimum RM300.00* akan dikenakan bagi setiap pembayaran lewat.
* Bayaran denda lewat berbeza berdazarkan jumlah pinjaman

Pembayaran Faedah Lewat

Pembayaran Faedah Lewat adalah pada kadar 120% setahun ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.

Larangan Bayaran Cek

Jika anda mengemukakan cek yang tidak laku sebagai bayaran, anda akan dikenakan yuran pengendalian sebanyak RM100.00 untuk pemulangan cek tersebut.

Pembayaran Default

Semua yuran undang-undang dan apa-apa perbelanjaan lain yang ditanggung untuk mendapatkan jumlah pinjaman, faedah, yuran lewat dan apa-apa caj lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman kami akan ditanggung sepenuhnya oleh Peminjam &/atau Penjamin.


*Plus2U berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.